Semua orang mesti nak sentiasa kelihatan muda, cantik dan sihat kan? Tetapi ia tidak akan kekal selamanya. Kita pasti akan dimamah usia. Yang muda pasti akan tua jua. Muka mula berkedut, tak sihat dan sebagainya. Kita tidak boleh menidakkan fitrah kita sebagai manusia tetapi kita boleh pelihara ia, supaya kita sentiasa kelihatan cantik, muda dan sihat. Peliharalah ia dengan cara dan gaya yang betul yea. Bukan dengan mengguna botox, operation dan sebagainya yang boleh mengubah sifat asal kita.
Saya ada terbaca entry berkaitan Petua Awet Muda Cara Islam dari http://mirlme.com/9-petua-awet-muda-cara-islam/ . Jadi nak share la dengan anda semua petua-petua awet muda mengikut cara Islam.
1. Minum air sejurus bangun pagi. Celik je mata, baca doa bangun tidur dan minum segelas air. Biarkan air di dalam mulut selama 10 saat sambil itu selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w 3 kali. Kemudian baru diteguk. Pastikan sebelum mandi dan gosok gigi kerana air liur mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar.
2. Urutkan wajah dengan air bermula dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat 3 kali. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan pusingkan jari dari dagu ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Jangan sesekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
3. Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Wajah anda akan kelihatan berseri dan tubuh badan menjadi sihat dan awet muda.
4. Ataupun amalkan mandi air telaga sulung. Iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya. Kiranya kita orang pertama yang menimba air telaga itu. In sha Allah, wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. Tapi ini untuk mereka yang ada air telaga la.
** Sekarang ini, jarang dah nak jumpa rumah yang ada air telaga. Jangan la sebab nak wajah berseri dan badan ramping, pagi-pagi buta korang pergi ketuk pintu rumah orang yang ada air telaga dan minta air telaga mereka yea. Huhu.
5. Baca ayat 35 - 38 dari surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi semasa curahan pertama dan mulakan dari kepala.
7. Semasa berdandan pada waktu pagi, baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke wajah sambil niat di dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf.
8. Lakukan senaman ringan dan hirup udara segar dari luar. Berjalan berkaki ayam tanpa kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis atau Jumaat. Mulakan memotong kuku dari telunjuk jari kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan juga menanam kuku dan rambit yang dipotong atau gugur supaya mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.
10. Minumlah air setengah jam sebelum dan selepas makan. Jangan disulami minum air ketika makan. Ia dapat mencegah perut buncit.
11. Rajin-rajin membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
12. Amalkan qiamullail, solat tahajud di sepertiga malam.
13. Sentiasa tenang dan bersikap positif.
14. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
15. Maafkan semua orang sebelum tidur.
Mari kita semua amalkan. Semoga ia bermanafaat untuk kita semua. Selamat mencuba. =)



No comments:
Post a Comment