Sunday, May 5, 2013

Saya sudah mengundi!! Anda bagaimana??

Assalamualaikum semua.. Tajuk tu tak boleh blah kan.. Hahaha.. Saya sudah mengundi.. Anda bagaimana?? Rasanya mesti semua tengah sibuk keluar mengundi.. Kepada mereka yang telah menunaikan tanggungjawab anda, tahniah di ucapkan.. Kepada mereka yang belum lagi, sila tunaikan tanggungjawab korang untuk masa depan negara.. Aiceeehhh.. Semangat berkobar-kobar sungguh.. Yela, 1st time mengundi.. Itu yang excited lebih.. Haha..

Aku keluar agak lambat juga tadi.. Sebabnya tertidur lepas subuh.. Anak dara apa la ni kan.. Minta-minta tak ada la bakal suami atau mentua aku baca statement berani mati aku ni haaa.. Kalau tahu msti terus kena reject.. Haha.. So, dalam 7 lebih bersiap-siap.. Sempat la sarapan dulu.. Makan nasi goreng yang mak aku masak.. Sebelum aku gerak, mak aku tanya nak pergi macam mana.. Aku cakap la suruh ayah aku hantar.. Mak aku boleh cakap, kau tumpang je sesapa.. Nanti ada kereta yang boleh hantarkan.. Aissshhh.. Dalam hati aku, tak mahu la.. Nanti jadi pape dekat aku, siapa pula nak tolong kan.. Then aku minta la ayah aku hantar kan.. Jalan agak lengang hari ni.. Mungkin sebab masih awal lagi.. Aku keluar rumah dalam jam 8.20 gitu.. Aku mengundi di SMK Hulu Kelang.. Mak ayah aku mengundi di Kg Baru.. Kira dekat juga la tempat mengundi aku tu..

Dari jauh aku tengok ramai yang beratur panjang.. Sampai ke jalan raya, luar sekolah.. Aiyooo!! Lama la aku kena beratur ni.. Sekali tengok, itu sekolah rendah la.. Aku nya sekolah menengah.. Cuak gak la, takut ramai orang.. Bila sampai, tengok macam lengang je.. Tak ramai sangat orang.. Bismilllahirahmanirahim, mari kita mengundi.. Aku pun berjalan la masuk sekolah.. Sampai di pagar sekolah, petugas yang bertugas pun mengarahkan aku untuk mendaftar di kantin sekolah.. Sampai di kantin, ada dua buah meja.. Di setiap meja, ada dua orang petugas dengan laptop, list nama pengundi dan kertas saluran mengundi.. Kita kena bagi IC kepada petugas sementara tu korang boleh la duduk yea.. Mereka akan semak nama kita di dalam sistem untuk mengetahui saluran mengundi dan nombor korang.. Bila petugas menemui maklumat korang, petugas yang memegang list nama pengundi akan memotong nama korang apabila maklumat korang tu betul.. Kemudian, petugas tersebut akan memilih kertas nombor saluran dan menulis nombor korang.. Aku mengundi di saluran 3 dan no 1172..

Sekarang kita bergerak ke dewan undi.. Terdapat 3 saluran mengundi.. Sila ke saluran yang betul yea.. Di setiap saluran akan ada seorang polis yang bertugas di luar pintu saluran.. Masa aku sampai di pintu saluran 3, ada seorang di hadapan aku.. So aku kena tunggu di luar sebentar.. Sempat la aku bertanya dekat polis tu dah ramai orang yang datang ke.. Dia kata tak ramai pun lagi.. Bila selesai orang depan aku, sampai la turn aku.. Di sini, ada 3 orang petugas.. Seorang akan check nama dan maklumat anda.. Korang kena bagi IC dan kertas yang korang dapat masa mula-mula tadi kepada petugas ni.. Petugas ni akan menyebut muka surat nama korang berada, kedudukan nama korang di dalam list nama, nama penuh korang dan nombor IC korang.. Dia akan menyebut dengan kuat kerana di seberang meja mereka, ada pemerhati yang akan menanda nama korang.. Ohh, yea.. Masa korang bagi IC, petugas tu akan tengok muka korang sama tak dengan IC.. Then dia akan check tangan korang pula untuk memastikan tiada tanda yang boleh membatalkan korang untuk mengundi.. Kalau lepas, jari korang akan dicalit dengan dakwat kekal di jari telunjuk kiri.. Aku ingat dakwat tu warna hitam tapi biru rupanya.. Bila jari korang sudah dicalit oleh petugas kedua, petugas ketiga akan memberi korang dua kertas undi.. Dia akan bagi kertas yang berlipat siap-siap dekat korang..
Masa ni korang kena berhati-hati.. Sila ke saluran yang betul yea.. Masa ni korang kena berhati-hati kerana takut dakwat yang tercalit di jari korang terkena kertas undi..

Bila sudah dapat kertas undi, korang boleh la ke ruangan memangkah.. Di situ ada disediakan pen.. Sila pangkah di ruang yang betul dan pastikan tiada perkara yang boleh membuatkan undi korang rosak yea.. Sila buat pilihan yan bijak.. Bila korang sudah yakin dengan pilihan korang, boleh la masuk kan kertas undi di dalam peti undi yang di sediakan di hadapan ruangan memangkah.. Masukkan kertas undi ke dalam peti yang betul yea.. Maka selesai lah proses pengundian.. Senang kan?? So, korang boleh la pulang ke rumah atau berjalan-jalan dengan rasa senang hati.. Aku keluar dewan tu dengan rasa bangga kerana telah menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.. Aiicccehhh.. Hehe..

Nasib la ayah aku tunggu aku di luar sekolah.. Kalau tidak terpaksa la aku pulang sendirian.. Thanks abah kerana tunggu anakmu ini!! Hehe.. Tadi aku tak berkesempatan untuk mengambil gambar semasa proses pengundian itu dijalankan.. Sebabnya aku takut tak boleh bergambar.. Lagi satu sebab tak ramai orang, maka nya proses pengundian tu berjalan dengan cepat dan pantas.. Tak dan nak snap-snap picture.. Huhu.. Tapi lepas keluar dewan tu, sempat la aku ambil gambar.. 

Ohhh, yea.. Korang jangan risau pasal dakwat kekal tu.. Sebabnya tak kekal lama mana pun.. Aku sampai saja rumah terus basuh jari aku sekali lalu.. Gosok sikit jari aku tu.. Hilang la sikit dakwat di kuku.. Jadi pudar dan lepas tu aku buffer kuku aku tu.. Nak tengok la boleh tanggal ke dak dakwat tu.. Tertanggal la juga dakwat tu dan cuma tinggal tepi-tepi celah kuku tu saja yang susah nak hilang.. Then lepas sejam aku ternampak kawan aku post, dakwat di jari dia hilang lepas dia basuh guna sabun.. So aku pun apa lagi, cuba la kan.. Sental dengan sabun tangan, hilang woooo!!! Tapi still la ada kesan sikit-sikit lagi.. Maybe kalau korang balik-balik terus cuci, boleh la hilang.. Tak apa la, lama-lama hilang la tu.. So jangan risau yea.. Mak aku balik dari mengundi boleh dia cakap dakwat tu dakwat stamp pad je tu.. Aku pun rasa macam tu juga.. Haha.. So terpulang kepada korang untuk menilai nya yea..

Sekarang ni, marilah kita bersabar menanti keputusan.. Jangan lupa berdoa semoga keputusan yang bakal diumumkan akan mengubah nasib bangsa, negara dan agama ke arah yang lebih baik.. Amin.. =)



Tempat mendaftar

Kertas kedudukan undi

SMK Hulu Kelang

Di luar sekolah

Ramai orang beratur panjang di luar sekolah rendah..

Jari telunjuk yang dicalit dakwat kekal

Ni selepas basuh dengan sabun..
Boleh hilang, jadi jangan risau..

pssstt:: Aku tak ingat la betul ke tak aku pangkah calon yang aku nak undi tadi.. Hahaha..  =.="
InsyaAllah betul la kot.. Think positive.. Yeaaahhh!!!

No comments:

Post a Comment