Saturday, June 1, 2013

Careless Day

Assalamualaikum.. Lama tak update blog daku yang tiada siapa pun yang sudi menyinggah ni.. Hehe.. Tak kisah la kalau tak ada siapa yang singgah pun kan .. Asal cheq bahagia hendak nya.. Huhu..

Ok, this week aku agak lembap sikit.. Lagi-lagi hari ini dan sangat kelam-kabut.. This week manager aku cuti seminggu dan senior exec aku pula cuti 3 hari.. So bila boss dan senior cuti, kami merdeka laa kan.. Aku pula busy dengan plan untuk bercuti.. Hambek kau.. Mood bercuti tu dah sampai.. Mood bekerja dah ke laut.. Dah la nak closing.. Leh aku buat rileks kan.. This week, tepat jam 5.30 dah chow dah.. Tak ada mood sungguh nak bekerja.. Apa jela kerja aku buat.. Untuk closing pun banyak tak siap.. Next week prepare la untuk balik lambat yea cik marinah oi!! Nasib badan.. Haha..

Ok, nak cerita pasal tadi.. Aku tak tahu la apa ke miong sangat aku hari ni.. Ada dua kejadian cuai yang aku dah lakukan.. 1st, masa nak balik, aku boleh lupa nak amik tag, pass dengan kunci drawer aku.. Elok je tersangkut kat drawer dan yang penting aku tak kunci pun drawer aku.. Nasib la nak keluar tu kena guna pass kan.. Kalau tak aku rasa aku blah camtu je, tak ingat pape..

2nd, Masa balik tu, singgah kat tempat coconut shake, teman kak miza nak beli coconut jelly.. Aku pun nak menyibuk gak la.. Konon buka beg nak keluar kan duit.. Sekali tengok, "alamak kak!! Purse sayaaaaaa!!".. Buat muka seposen.. Tertinggal dalam drawer.. Uwaarrgghhh. Camne aku boleh tak perasan.. Padahal, aku singgah kat bawah tu nak topup touch n go.. Tapi aku tak topup pun.. Huhu.. Sebabnya, mesin topup tu rosak.. Aku rasa kalau ok, mesti aku dah perasan dah purse aku tertinggal.. Apalah nasib aku hari ni.. Careless sangat.. Maka terpaksa la patah balik office.. Dan-dan aku keluar balik nak ke office hujan lebat giler dengan angin kuat.. Redah jela..

Bila sampai office nak naik lif, lif pula buat hal.. Tak nak gerak naik atas.. Aku dah cuak tahap gaban.. Dah apa hal pula lif ni.. Nasib dia terbuka, tak tahan aku dalam tu macam tahanan penjara.. Huhu.. Buka je lif, aku terus berlari ke lif depan.. Orang lif sebelah aku tu pun sama.. Lif dia pun tak mahu bergerak.. Aku suspek mesti sebab hujan lebat, sebab tu la lif pun mengong.. Nasib je fire alarm tu tak berbunyi.. Kalau tak, lif tu memang tak kan bergerak la.. Huhu.. Sampai office, mereka yang kat office buat muka pelik.. Alaa, pe nak pelik nya.. Aku masuk kerja shift malam.. Hehe..

Lepas amik purse, aku sempat la singgah dekat bilik procurement.. Lagi sekali, mereka terperanjat.. Lagi-lagi Kak Su.. Aku siap sebelum balik, dengan happy, suka ria bubbye dia and say have a nice weekend kak.. Kak Su ulang balik apa aku cakap.. Hampeh je.. =.="

Aissshhh.. Apa laa kena aku hari ini kan.. Mengong, miong,kelam-kabut, so careless, tak ada hati nak berkerja.. Did I need a new environment?? Ohhhoo!! O_o

Ok lah, moh la kita tidur..Esok ada kenduri nak attend..Everyweek ada wedding.. Bila agak nya turn aku ni.. Borang tak berusik pun.. Tak ada sorang pun yang sudi wooo.. Haha.. Merepek sudah.. Ok la, good night uoll.. Have a sweet dream.. Hope jumpa la putera idaman dalam mimpi yea.. Hehe..

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment